Thursday, May 31, 2012

panggetahuan baru

29 Mei 2012 berlalu begitu sahaja. tiada apa yang menarik tentang tarikh tersebut
kalau tahun 2011 aku mengadu dekat blog
ada hanya 11 orang yang mengucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk aku
ingatkan tahun 2012 betambah jadi 12 orang
tapi 3 orang je yang ucap
terkejut jugak
dulu  ade yang cakap dekat fb ramai je yang ucap
dulu lama dah tak bukak fb
bukak bukak, memang ada yang wish
tapi tahun ni saja aku tak keluarkan tarikh lahir dalam fb,memang tak ada orang yang ingat pon
kelakar jugak orang ingat hari lahir sebab fb
baru lah aku tahu yang ade sesetengah orang tu bukan nak ingat sangat

tapi ada 3 orang lagi yang aku rase dia ingat
tertunggu tunggu jugak ucapan dari dia orang
tp tak dak pon
tapi rasanya sorang tengah nebes sebab nak interbiu
sorang mungkin trauma eksiden kot
sorang lagi, hurmmmmm,no comment.


dah la semua plan tak menjadi ha
lepas tu tarikh tersebut aku diperbodohkan pulak oleh kawan
biasanya orang akan kenakan dengan tepung ke telur ke
tp aku tak, diperbodohkan ada la.

haih
nasib nasib
tak boleh nak buat apa dah
terima jela
hari ni pulak hari last untuk bulan mei
demam pulak tu

p/s: i always waiting fo u

Saturday, December 31, 2011

2011 DALAM KENANGAN

2011...
banyak cerita dalam 2011
banyak kejadian yang berlaku dalam 2011
ada suka, ada duka
biasa la tu adat dalam kehidupan

kepada yang hadir dan pergi
dalam hidup aku sepanjang 2011
harapan untuk korang sume agar hidup korang akan
lebih bermakna lebih ceria lebih bahgia
dan macam macam lebih lagi la
untuk tahun yang akan datang

aku masih di sini
sama seperti biasa
tiada apa apa perubahan
mencari kehidupan yang lebih sempurna

kehidupan perlu diteruskan
walau apa pon yang berlaku
masa yang lepas tak usah difirirkan
jadikan ia sebaai kenangan
kerana ianya tidak akan berulang kembali

selamat tinggal 2011
selamat datang 2012

pssst:    2011    kenangan    yang    pasti    tidak    akan    ku    lupakan

Saturday, August 6, 2011

ohh

kau hadir tika ku duka

dalam cahaya dikau menjelma

dan sekarang kau hilang ketika baru ingin bergembira

membuatkan ku sedikit terluka

Thursday, July 28, 2011

aku...menyesal...

aku tak tau la nak cakap macam mana. memang aku sangat kesunyian sekarang. betul betul terasa macam satu kehilangan. aku ingat dengan kesibukan ku boleh melupakan semua itu sebentar. tetapi tidak. kalau aku bersendirian, aku akan teringat, sedih..tp ble aku sibuk, macam macam hal yang jadi, aku terpikir, kat sape aku nak cite sume kejadian tu, sape nak dengar cite aku. kalau aku cite kat die, die terima tak sume tu, nak lagi ke die bebel ke kat aku, nak lagi ke die bagi nasihat kat aku. suke tengok die membebel. boleh masok  dan terima kata kata dia untuk diriku. kadang kadang kelakar melihat telatah die time tu. lupa sebentar masalah masalah lain.

aku tau aku salah. tak terniat pon aku nak buat dia terluka. mungkin aku tak sedar. aku nak sangat melutut minta maaf dari die. aku janji aku tak kan buat die serabut. tapi aku nak kan kehidupan macam dulu tu  balik, sebelum dia pergi tinggal kan kami semua di sini. kami suka suka, bergelak tawa, bergurau senda, bersedih pon sama sama. tapi sekarang hidup aku sunyi, tak de dah tempat nak mengadu. terasa sangat tau tak kehilangan tu. walaupon tempoh perkenalan tu tak panjang. memang aku menyesal sangat.

adakah lagi peluang kedua buat diriku??
bilakah akan terbuka pintu hatinya untuk memberi peluang kedua buatku??
mahukah dia menerimaku semula dengan peluang kedua itu??

aku janji kalau aku dapat peluang kedua tersebut, aku akan jaga elok elok, takkan ku sia sia kan ia. yang mana tak elok, aku akan cuba ubah. aku nak jadi yang terbaik untuk nya..............................ataupon memang hidup aku begini dari dulu sampai bila bila..aku tak tau..

psstt: selamat menyambut ramadhan adik.

Sunday, July 17, 2011

sukar melelap kan mata

0416hrs 18 july 2011
tak tau knapa susah sangat nak lelap kan mata malam ni..
bukan ke aku ni jenis kalau nak tido, letak je kepala teros lelap ke..
adoy...
dari pukul1 tadi lagi pejam mata tapi tak lena..
nak kata banyak tido siangm memang tak la..
mungkin memikirkan banyak masalah kot..
dalam masa yang sama teringat dkt seseorang..
padahal tak sampai sebulan lagi die pegi..
tapi tu la, perasaan...
bende ni bukan kite boleh paksa die nak suruh datang suruh pegi..


adakah dia jugak ingat kt aku ni?
tak pasti..
takleh jugak nak tuduh yang dia lupa aku..
tringat kata-kata dia..
"kalau tak tau jangan tuduh-tuduh,,tanya dulu.."


video
video



pssttt: kalau kamu terbaca entry ni,  yes!!  this songs is for you...